"SELAMAT DATANG KE BLOG GEOGRAFI TINGKATAN 1 (^_^)"

Selamat Datang Ke Dunia Geografi Tingkatan 1

Sunday 6 May 2012

Bab 11 : Jenis dan Taburan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Tumbuh-tumbuh Semula Jadi Dan Hidupan Liar



  • Negara kita kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumuhan semula jadi yang indah. Ke mana-mana sahaja kita pergi, kita dapat melihat pokok-pokok yang menghijau. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar ini merupakan khazanah negara yang harus keta banggakan.
  • Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun telah menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi. Tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita ialah hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai dan hutan gunung. Contoh-contoh tumbuhan ialah pokok kayu keras, pokok renek, pokok menjalar, pokok memanjat, dan pokok palma.
  • Hutan Malaysia mempunyai kira-kira 15000 species pokok-pokok yang mengeluarkan bunga, 4200 species pohoh-pohoh kayu, 1500 species orkid, 500 jenis pohon palma, dan 800 species paku pakis serta tumbuh-tumbuhan peringkat rendah. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar di Malaysia, misalnya kira-kira 280 species mamalia, 730 species serangga.

TABURAN TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

1) Hutan Hujan Tropika (Hutan Hujan Khatulistiwa)

Hutan hujan tropika adalah jenis hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak. Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidak melebihi 1000 meter. 
Ciri-ciri utama Hutan Khatulistiwa ialah :

  • Pokoknya tumbuh lurus, tegak dan berakar banir
  • Hutan malar hijau
  • Pokok-pokok tumbuh dengan rapat
  • Tumbuh-tumbuhan bawah jarang

Hutan Khatulistiwa biasanya tumbuh berlapis-lapis, iaitu:
Kepentingan Hutan Hujan Tropika
  • Sumber kayu keras untuk kegiatan pembalakan seperti cengal, merbau, meranti, seraya dan keruing.
  • Sumber hasil hutan seperti damar, rotan dan herba.
  • Habitat dan perlindungan kepada hidupan liar dan pelbagai jenis tumbuhan.
  • Menggalakkan kegiatan pelancongan dan rekreasi seperti di Taman Negara Pahang, Lembah Belum dan lain-lain.
  • Kawasan tadahan hujan.
  • Menyejukkan dan menyamankan udara. Menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen

2) Hutan Paya Air Masin
Ciri-ciri Utama
  • Terdapat di kawasan pinggir pantai laut yang berlumpur ,terlindung daripada pukulan ombak dan sering mengalami air pasang dan surut.
  • Mempunyai akar didalam lumpur untuk membantu proses pernafasan dan menyokong pokok daripada tumbang.
Jenis Tumbuhan
  • Pokok Bakau, Gedabu, Perepat, Api-api, Berus atau Tumu, Berembang
Kawasan 
  • Sekitar muara Sungai Perak Dan Sungai Bernam
  • Kawasan Pinggir laut Johor, Pahang dan Melaka
  • Sekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram (Sarawak)
  • Kawasan pinggir laut pantai barat Sarawak. Kawasan pantai timur Sabah
Keluasan
  • Hutan bakau meliputi 95% kawasan pinggir laut pantai barat Semenanjung
Hidupan Air
  • Ikan, ketam, kerang, udang, sotong. lokan dan siput

3) Hutan Pantai



Ciri-ciri Utama
  • Tumbuh di kawasan pinggir laut yang rendah, berpasir, bersaliran baik dan terdedah kepada tiupan angin dari laut.
Jenis Tumbuhan

Pokok-pokok yang biasanya tumbuh di kawasan ini ialah pokok ru, pokok kelapa, mengkuang laut, pokok renek, tapak kuda, rumput lari-lari, ketapang, kelat jambu air, bebaru, jemerlang laut, bintangor laut dan semak-samun. 

Kawasan 

Hutan pantai terdapat di kawasan berpasir seperti di: 
  • Pantai Cahaya Bulan (Kelantan),
  • Pantai Tanjung Rhu (Pulau Langkawi)
  • Pantai Desaru (Johor)
  • Pantai Batu Feringgi (Pulau Pinang)
  • Pantai Pulau Talang-talang (Sarawak)
  • Pantai Pulau Sipadan (Saba
Kepentingan hutan pantai
  • Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api.
  • Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.
  • Kawasan rekreasi dan pelancongan

4) Hutan Gunung


Ciri-ciri Utama
  • Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1 200 meter dari aras laut
  • Tumbuh dengan subur di kawasan tanah laterit.
  • Pokok-pokok semakin jarang apabila tanah semakin tinggi

Jenis Tumbuhan (Flora)

Jenis Tumbuhan di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian :
  • Ketinggian 1 200 - 1 800 meter (Terdapat hutan montane bawah atau dikenali juga hutan daun luruh (oak dan laurel), tumbuhan epifit (orkid, paku langsuyar)
  • Ketinggian 1 800 - 2 900 meter (Terdapat hutan montane atas atau dikenali juga hutan poko tirus (pain, sprus, gelam gunung), epifit (liken, lumut), Rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron)
  • Ketinggian 2 900 - 3 500 meter (Tumbuhan hampir alpain iaitu pokok kerdil dan rumput, pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera)) Ketinggian melebihi 3 500 meter (pokok renek, paku-pakis, lumut)

Jenis Hidupan (Fauna)

Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juga mengikut ketinggian:
  • Di hutan montane bawah : Terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga).
  • Di hutan montane atas : Terdapat beruang, ferretbadger, tikus, burung dan serangga)
Kawasan
  • Gunung Kinabalu (Sabah)
  • Banjaran Crocker
  • Banjaran Titiwangsa
  • Pergunungan Iran
  • Banjaran Tama Abu
  • Banjaran Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron (Pahang) Gunung Jerai (Kedah)


RUMUSAN


2 comments:

  1. jenis hutan apakah yang tidak terdedah dengan tiupan angin ? hutan paya air tawar ?

    ReplyDelete