"SELAMAT DATANG KE BLOG GEOGRAFI TINGKATAN 1 (^_^)"

Selamat Datang Ke Dunia Geografi Tingkatan 1

Saturday, 5 May 2012

Bab 10 : Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia

Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan iklim

  • Manusia menjalankan perlbagai kegiatan untuk mencapai kemajuan.
  • Contohnya, hutan ditebang dan dibakar untuk membuka kawasan pertanian, petempatan, dan perindustrian. 
  • Kegiatan manusia ini telah membawa kesan buruk terhadap alam sekitar serta dapat mempengaruhi cuaca dan iklim sesuatu kawasan.
  • Antara beberapa kesan buruk terhadap cuaca dan iklim itu termasuklah kesan rumah hijau, peningkatan suhu, pulau haba, jerebu, penipisan lapisan ozon, hujan asid, dan kemarau.


PEMANASAN BUMI SEBAGAI KESAN RUMAH HIJAU




  • Kesan rumah hijau adalah proses semula jadi bumi menyimbangkan suhu di atmosfera.
  • Di sekeliling bumi terdapat lapisan atmosfera.
  • Cahaya matahari yang menembusi lapisan atmosfera akan memanaskan permukaan bumi.
  • Sesetengah daripada haba ini akan terus dipancarkan kembali oleh bumi ke angkasa.
  • Di lapisan atmosfera ini terdapat beberapa jenis gas seperti karbon dioksida(CO2), klorofluorokarbon(CFC), metana(CH4) dan nitrus oksida(N2O). Gas-gas ini dikenal sebagai gas rumah hijau.
  • Gas-gas ini akan menyerap sebahagian haba yang dipancarkan oleh bumi.
  • Proses pemanasan dan pantulan serta penyerapan haba dan pelepasan bahang bumi ke angkasa lepas menyeimbangkan suhu di atmosfera.
  • Kesan ini dikenal sebagai kesan rumah hijau.
  • Kesan rumah hijau adalah penting kerana sekiranya tiada kesan rumah hijau ini, min suhu bumi akan jatuh sebanyak 18C.
  • Pelbagai kegiatan yang dilakukan manusia telah menyebabkan gas-gas rumah hijau di atmosfera bertambah dengan banyaknya.
  • Keadaan ini mengkatkan suhu di atmosfera bumi kerana gas-gas ini memerangkap lebihan haba dari bumi.
  • Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang paling banyak dikeluarkan.
  • Dalam beberapa abad kebelakangan ini dianggarkan kandungaan karbon dioksida dalam atmosfera telah meningkat kira-kira 30%.
  • Kegiatan utama yang menyebabkan peningkatan karbon dioksida ialah pembakaran bahan api.
  • Penebangan dan pembakaran hutan turut menambahakan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera dan menyebabkan keadaan di bumi menjadi semakin panas.
  • Penebangan hutan menyebabkan peratus bahang matahari yang dapat sampai ke bumi bertambah.
  • Faktor-faktor lain yang meningkatkan gas-gas rumah hijau di atmosfera ialah pelepasan gas metana akibat reputan bahan organik daripada aktiviti pertanian, penternakan, dan pelupusan sampah.
  • Pembakaran petroleum oleh kenderaan telah melepaskan karbon dioksida dan nitrus oksida ke udara.
  • Gas CFC dilepaskan melalui penggunaan gas penyejuk dalam peti sejuk, pembakaran polisterina, dan penggunaan bahan aerosol.
  • Kandungan karbon dioksida juga meningkat akibat pembakaran sampah sarap secara terbuka.


PULAU HABA




  • Pembangunan yang semakin pesat di bandar menyebabkan banyak kawasan hutannya yang ditebang untuk tujuan pembinaan.
  • Bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat, serta jalan-jalan diturap dapat menyerap dan memerangkap haba.
  • Pergerakan udara dan angin adalah terhad kerana dihalang oleh bangunan tinggi. Udara panas kekal dan meningkatkan suhu pada waktu malam akibat daripada pelepasan haba.
  • Kurang litupan tumbuh-tumbuhan di bandar menyebabkan kurang transpirasi berlaki, lalu meningkatkan suhu udara.
  • Kilang dan kenderaan bermotor mengeluarkan bahan pencemar seperti debu, habuk, dan gas yang menyerap bahang matahari dan memantulkan bahangan bumi.
  • Keadaan ini mengehadkan proses bahangan bumi ke atmosfera dan menyebabkan suhu meningkat.
  • Haba juga dibebaskan daripada kenderaan bermotor, kilang dan pembakaran sampah.
  • Keadaan ini juga menyebabkan suhu udara di bandar lebih panas jika dibandingkan dengan suhu di kawasan pinggir bandar yang banyak diliputi tumbuh-tumbhuan.
  • Berdasarkan kajian yag dibuat, perbezeaan suhu di pusat bandar dengan suhu di pinggir bandar dapat mencecah 4C.


JEREBU





  • Jerebu berlaku kerana pertambahan habuk, asap, dan debu yang mencemari udara.
  • Habuk halus ini menyerakkan cahaya matahari lalu menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.
  • Jerebu terjadi di kawasan industri perkilangan dan berpenduduk padat.
  • Jerebu terbentuk daripada asap kotor kilang, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, dan pembakaran bahan api.
  • Asap, habuk, serta bahan-bahan pencemar dari kilang dan pembakaran terbuka akan terapung-apung di udara lalu menjadi jerebu.
  • Habuk halus juga bertambah akibat daripada pembinaan dan runtuhan bangunan yang berterusan.
  • Pada tahun 1990, 1994, dan 1997, Malaysia mengalami keadaan berjerebu yang teruk.
  • Keadaan berjerebu ini berpunca daripada kebakaran hutan di negara jiran.
  • Asap daripada kebakaran hutan ini menghasilkan gas dan habuk halus yang terapung-apung atau terampai di atmosfera.
  • Jerebu biasanya berlaku sekiranya hujan tidak turun dalam temph yang lama dan tiada angin bertiup.
  • Jerebu dapat juga memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, ialah sakit mata (konjuntivitis), radang paru-paru(bronchitis), masalah pernafasan dan asma.
  • Keadaan jerebu juga mengganggu perjalanan di jalan raya, kapal terbang mendarat dan berlepas. 
  • Suhu udara di bandar pada waktu malam menjadi lebih panas.
  • Kandungan asid dalam hujan juga bertambah.
  • Kadar fotosintesis berkurangan akibat daripada jerebu yang berpanjangan.


PENIPISAN LAPISAN OZON



  • Lapisan ozon adalah suatu lapisan gas yang terbentuk di sekeliling bumi.
  • Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26km dari permukaan bumi.
  • Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinar ultraungu cahaya matahari sebelum sampai ke bumi.
  • Sinar ultraungu yang berlebihan dapat memudaratkan kehidupan di bumi.
  • Lapisan ozon akan terhakis oleh beberapa sebab :
  • Penggunaan baja kimia berterusan menambahkan kandungan gas metana.
  • CFC dilepaskan melalui bahan semburan aerosol (dalam penyembur racun serangga) dan gas penyejuk (dalam peti sejuk dan alat pendingin udara).
  • Kapal terbang sepersonik yang membebaskan nitrogen oksida.
  • Letupan bom nuklear dan ujian senjata nuklear yang mengeluarkan gas hidrogen dan nitrogen oksida.
  •  Ahli sains telah mengesan satu lohong ozon di kawasan Antartika.
  • Keadaan ini membawa kesan-kesan seperti :
  • sinaran ultraungu yang sampai ke permukaan bumi bertambah.
  • menyebabkan penyakit barah (kanser) kulit, sakit mata, katarak mata, dan melemahkan sistem pelalian badan.
  • mengurangkan proses fotosintesis.
  • memusnahkan sel and mikroorganisma dalam binatang dan tumbuhan , 
  • hasil tanaman berkurangan.
  • berlaku perubahan iklim dunia; suhu meningkat, ais dari glasier mencari, banjir berlaku, kawasan rendah ditenggelami air.


HUJAN ASID




  • Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
  • Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid.
  • Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

VIDEO TENTANG ALAM SEKITAR



SELAMAT MENONTON :-)

No comments:

Post a Comment