1. Pinggir pantai
Meliputi kawasan yang mengandungi pesisir pantai, perairan pinggir laut dan kawasan pesisir belakang yang mengalami pengaruh laut. Ia merupakan zon yang berada antara aras surut yang rendah dan aras pasang yang luar biasa dan juga ombak ribut.2. Profil Pantai Seimbang
Cerun pantai yang mengandungi bahan yang telah dipindahkan dan tidak pula kengalami kehilangan bahan yang terlalu banyak iaitu apabila kadar hakisan dan kadar pemendapan hampir sama.PROSES-PROSES DI PINGGIR PANTAI
Pada penghujung topik ini, murid dapat :1. Menghuraikan cara-cara hakisan pinggir pantai.
2. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan , pengangkutan dan pemendapan pinggir pantai
3. Menerangkan bentuk muka bumi yang terhasil akibat tindakan ombak.
4. Menghuraikan langkah-langkah untuk mengawal hakisan ombak
A) HAKISAN PINGGIR PANTAI
I. CARA HAKISAN
1. Hidraul
Pemampatan dan perlepasan tekanan udara terhadap dinding rekahan di tebing akibat damparan dan unduran ombak.
2. Geseran/lelasan
Hakisan terhadap tebing dan dasar laut akibat dilelas oleh beban yang dibawa dalam laut.
3. Lagaan
Hakisan yang berlaku antara beban yang dibawa oleh ombak apabila beban-beban itu berlaga antara satu sama lain.
4. Larutan
Hakisan yang berlaku apabila dinding tebing terlarut akibat terkena air laut. Misalnya kawasan batu kapur.
II. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN
1. Jenis Ombaki. Ombak pembinasa - kadar hakisan tinggi
- damparan yang kuat dan unduran yang kuat.
- puncak ombak tinggi jarak ombak pendek.
ii.Ombak pembina – kadar hakisan rendah
- damparan yang kuat tapi unduran yang rendah
- puncak ombak rendah jarak ombak panjang
2. Jenis Arus
i. Arus seret membawa bahan-bahan dari pinggir pantai ke luar
melalui bahagian sebelah bawah air laut – hakisan meningkat
ii. Arus tempur membawa bahan-bahan dari pinggir pantai yang
berteluk ke luar pantai – hakisan meningkat.
iii. Arus pesisir pantai terbentuk oleh ombak yang datang ke
pantai secara menyerong. Sebahagian daripada tenaga dan
lajakan ombak akan berubah haluan dan menyusuri sepanjang
pantai. – melengkapkan proses hakisan.
3. Cerun pantai
Pantai yang curam menyebabkan ombak pecah berhampiran dengan pesisiran pantai – tenaga ombak tinggi – hakisan meningkat.
4. Jenis batuan
Batu yang keras seperti granit dan gabro – tahan terhadap hakisan – kadar hakisan rendah.
5. Tumbuhan
Tumbuhan seperti bakau – melindungi pantai – mengurangkan hakisan.
III. BENTUK MUKA BUMI HASIL HAKISAN DI PINGGIR PANTAI
1. Tebing tinggiTerhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan hidraul pada rekahan di tebing.
2. Batu bonjol/ batu
mandi
Gerbang laut yang telah runtuh dan dihakis berterusan oleh ombak meninggalkan batu bonjol/sisa/mandi yang mungkin dilihat semasa air surut.
3 Teluk dan tanjung
Terhasil apabila ombak menghakis pada daratan yang mempunyai kekerasan batuan yang berbeza. Batuan keras yang tahan terhadap hakisan akan menganjur ke laut membentuk tanjung dan batuan lembut yang terhakis akan membentuk satu lekukan menjadi teluk.
IV. LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI
1. Tembok batuTimbunan batu di tebing pinggir pantai untuk mengelakkan ombak memecah pada tebing pantai.
2. Tembok pemecah Ombak
Dibina di luar pantai untuk memecahkan ombak dan mengurangkan kelajuan ombak sebelum sampai ke pantai.
3. Pembinaan groin
Menyekat pergerakan arus pesisir dari membawa bahan mendak yang telah dihakis oleh ombak dari diangkut ke tempat-tempat lain.
4. Tumbuhan
Pokok bakau ditanam untuk mengurangkan kuasa ombak dan melindungi pantai.
5. Undang-undang
Mengenakan denda yang berat kepada mereka yang menjalankan pembalakan secara haram terhadap pokok bakau.
B) PENGANGKUTAN
I. CARA PENGANGKUTAN OMBAK
1. GolekanBahan –bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar laut oleh ombak
2. Hanyutan pesisir pantai
Pergerakan bahan-bahan seperti pasir, batu kelikir selari dengan pantai.
3. Ampaian
Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam laut.
4. Seretan
Bahan-bahan diseret di bahagian bawah laut dari atas pantai ke luar pantai oleh arus seret.
II. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN OMBAK
1. Tenaga arusArus yang kuat mampu mengangkut bahan-bahan ke tempat yang lebih jauh.
2. Saiz bahan
Semakin berat dan besar bahan yang diangkut kadar pengangkutan menjadi lemah.
3. Orientasi pantai
Pantai yang terdedah kepada ombak akan menggalakkan proses pengangkutan
4. Halangan
Pokok bakau dan binaan groin akan menghalang proses pengangkutan.
5. Tenaga ombak
Ombak pecah menyeret bahan-bahan ke arah pantai dan unduran ombak menarik balik setengah daripada bahan tersebut.
Ombak yang serong mengangkut bahan di sepanjang pantai
Jika tenaga ombak hilang, proses pengangkutan terhenti.
C) PEMENDAPAN DI PINGGIR PANTAI
I FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI
1. Tenaga ombakOmbak pembina akan menggalakkan proses pemendapan.
2. Bahan muatan
Bahan muatan dari daratan dan laut akan meningkatkan proses pemendapan.
3. Angin
Menggalakkan pemendapan bahan-bahan di bahagian belakang pinggir pantai contohnya dune.
4. Orientasi pantai
Pantai yang landai dan terlindung akan menggalakkan proses pemendapan.
5. Halangan
Pokok dan binaan seperti groin dan tembok pemecah ombak menggalakkan pemendapan di bahagian belakang halangan.
II. BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI
1. PantaiLonggokan bahan-bahan peroi seperti pasir, kelodak yang terdapat memanjang antara takat air surut paling rendah dan takat yang paling tinggi dicapai ombak ribut.
2. Anak tanjung
Satu beting pasir dengan pangkalnya bersambung di daratan dan hujungnya menganjur ke laut. Ia terhasil melalui lanjutan hanyutan pesisir.
3. Beting luar pantai
Beting luar pantai (off-shore) terbentuk selari dengan garisan pantai . Terbentuk melalui tindakan ombak yang menyeret bahan-bahan dari laut ke arah pantai. Bahan-bahan tersebut dimendapkan di zon ombak pecah.
cool!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM CIKGU BASERAH! CIKGU INGAT SAYA LAGI X? SAYA PUN JADI CIKGU GEOGRAFI JUGAK.
ReplyDeleteterima kasih....
ReplyDeleteTerima kasih ,cikgu.Sebab bagi kerja ni😁.
ReplyDeleteainajooooo
ReplyDeleteGood job
ReplyDelete