"SELAMAT DATANG KE BLOG GEOGRAFI TINGKATAN 1 (^_^)"

Selamat Datang Ke Dunia Geografi Tingkatan 1

Sunday 6 May 2012

Bab 9 : Pergerakan Bumi Dalam Sistem Suria

SISTEM SURIA




 1. Alam semesta terdiri daripada ribuan juta galaksi atau disebut sebagai nebula.
2.  Bumi terletak di dalam galaksi Bima Sakti yang mengandungi 100 billion bintang.
3.  Sistem suria terdiri daripada 8 buah planet dan objek lain yang beredar mengelilingi   
     matahari
4.  Matahari merupakan pusat bagi semua planet dalam sistem suria.

Pergerakan bumi

 1.        Putaran bumi pada paksinya.
 2.        Peredaran bumi mengelilingi matahari pada orbitnya.

Putaran bumi




1.         Putaran bumi pada paksi yang condong pada sudut 231/2˚  pada  satah tegak
2.         Bumi berputar dari barat ke timur menyebabkan matahari terbit dari sebelah timur
            dan terbenam di barat
3.         Satu putaran bumi mengambil masa 24 jam
4.         Antara kesan putaran bumi ialah :
  • Kejadian siang dan malam : semasa berputar permukaan bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang dan permukaan bumi yang terlindung mengalami malam.
  • Pembiasan angin lazim dan arus lautan
  • Fenomena pasang surut air laut :  tarikan graviti bulan akan menarik air laut di permukaan bumi yang mengadap bulan menyebabkan air pasang. Tarikan graviti menjadi lebih kuat apabila graviti bulan dan graviti matahari bertindak bersama iaitu apabila bulan bumi dan matahari dalam kedudukan garis lurus. Fenomena ini dinamakan air pasang perbani. Jika bulan, matahari dan bumi dalam keadaan sudut tegak menjadikan air pasang anak.

Peredaran bumi



  • Peredaran bumi ialah pergerakan bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya. 
  • Peredaran bumi adalah secara lawan pusingan jam. 
  • Bumi mengelilingi matahari mengambil masa 365 1/4 hari. 
  • Untuk tujuan kalender satu tahun mengandungi 365 hari dan satu hari tambahan dimasukkan pada bulan Februari setiap empat tahun yang dinamakan tahun lompat. 
  • Kesan peredaran bumi :

1.      Kejadian empat musim




Jadual : Kejadian empat musim
Tarikh
Kedudukan matahari
Kejadian
Hemisfera utara
Hemisfera selatan
Tempoh siang dan malam 
21 mac
Tegak di khatulistiwa
Ekuinoks
Musim bunga (Feb-April)
Musim bunga (Feb-April)
Siang dan malam sama panjang
21  jun
Tegak di Garisan Sartan
Solstis
Musim panas (Mei-Julai)
Musim sejuk (Mei-Julai)
- kutub utara 24 jam siang
- kutub selatan  24 jam malam
- siang lebih panjang di hemisfera utara 
23 sept
Tegak di khatulistiwa
Ekuinoks
Musim luruh (Ogos-Okt)
Musim bunga (Ogos –Okt)
Siang dan malam sama panjang  
22 dis
Tegak di garisan jadi
Solstis
Musim sejuk (Nov-Jan)
Musim panas (Nov-Jan)
-kutub utara 24 jam malam
- kutub selatan  24 jam siang
-siang lebih panjang di hemisfera selatan

2.  Siang dan malam yang tidak sama panjang di dunia.





3.  Ketinggian matahari tengah hari yang berubah-ubah.



4. Ekuinoks dan Solstis






VIDEO SISTEM SURIA






4 comments: